Pengumuman
Nota Arahan
- Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) bertanggungjawab untuk mengumpul, memproses dan menganalisa data bagi Industri Berasas Kayu (IBK) melibatkan Kilang Papan, Kilang Papan Lapis/Venir dan Kilang Kayu Kumai di bawah Penyata Shuttle 3, 4 dan 5.
- Maklumat yang dikumpul adalah mengikut peruntukan yang tertakluk kepada Seksyen 7, Enakmen Industri Berasas Kayu (EIBK) dan Kaedah 13, Kaedah-Kaedah Industri Berasas Kayu (KKIBK) di mana telah menggariskan kewajipan IBK untuk melaporkan data-data yang telah dinyatakan di dalam EIBK dan KKIBK tersebut.
- Tuan/Puan diminta melaporkan data-data dengan lengkap yang berkaitan dengan pertubuhan tuan/puan seperti pada borang penyata shuttle ini dan menghantar ke Jabatan ini.
- Sila baca dan rujuk PANDUAN MENGISI BORANG sebagai panduan tuan/puan melengkapkan penyata shuttle ini.
- Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan penyata shuttle ini amatlah dihargai.
- Pengguna yang lupa kata laluan boleh terus e-mel kepada Pengurus Sistem di helpdeskeshuttle@forestry.gov.my dengan memberikan ID dan e-mel yang berdaftar.
Terima kasih.
Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

