Pengumuman

Nota Arahan:


a. Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) bertanggungjawab untuk mengumpul, memproses dan menganalisa data bagi Industri Berasas Kayu (IBK) melibatkan Kilang Papan, Kilang Papan Lapis/Venir dan Kilang Kayu Kumai dibawah Penyata Shuttle 3, 4 dan 5.

b. Maklumat yang dikumpul adalah mengikut peruntukan yang tertakluk kepada Seksyen 7, Enakmen Industri Berasas Kayu (EIBK) dan Kaedah 13, Kaedah-Kaedah Industri Berasas Kayu (KKIBK) 1989 dimana telah menggariskan kewajipan IBK untuk melaporkan data-data yang telah dinyatakan di dalam EIBK dan KKIBK tersebut.

c. Tuan/Puan diminta melaporkan data-data dengan lengkap yang berkaitan dengan pertubuhan tuan/puan seperti pada borang penyata shuttle ini dan menghantar ke Jabatan ini.

d. Sila baca dan rujuk "PANDUAN MENGISI BORANG" sebagai panduan tuan/puan melengkapkan penyata shuttle ini.

e. Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan penyata shuttle ini amatlah dihargai.

Terima kasih.

Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Tidak Mempunyai Akaun?  Daftar Disini